Home Novelet Komedi/Romantik Komedi SONATA [epilog]
SONATA [epilog]
Paina Rena
24/12/2014 03:03:20
25,569
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Dour 6

PINTU rumah ditolak. Fariha dan Adli di ruang tamu serentak menoleh, melihat Ayen menapak masuk dengan wajah tegang. Langkahnya pula cukup laju macam meter kelajuan dah rosak dan tak tahu kelajuannya di paras sederhana atau perlahan.

“Oh, Yen. Cemane date?” Fariha menegur bersama sengih. Rakannya itu menjeling saat melalui sofa yang diduduki pasangan suami isteri itu.

Horrific.”

“Oops.” Adli menjungkit kening. Kepala ditoleh lagi ke pintu rumah bila Saiful pula yang menapak masuk. Si jejaka itu nampak tenang. Fariha masih merenung ekor langkah si kawan yang melarikan diri ke bilik tidur sebelum menoleh pada si lelaki tinggi yang merapat ke ruang tamu. Riak itu cukup selambasekali. Apa pula cerita dua orang itu kali ini?

“Apa dah jadi, Saiful?”

Mata dijeling ke ekor mata. “‘Apa dah jadi’ apa?”

“Ayen.”

Senyum. “Just another form of life development.”

Hm? Kedua-duanya keliru, sementara Saiful mendapatkan air suam di dapur. Handsetnya bergetar menandakan isi Whassap masuk. Soalan bila dia nak pulang Malaysia dibaca ringkas. Saiful menghela nafas panjang, lalu menoleh ke luar tingkap. Pada langit gelap yang nak menurunkan ribut. Skrin iPhone dipandang lagi.

-Soon-


AYEN tidak keluar dari bilik hinggalah selesai waktu makan malam. Fariha kebingungan. Pintu bilik rakannya itu diketuk berkali-kali memintanya keluar untuk makan. Namun langsung tiada respon dari pihak sebelah. Adli menyibukkan diri dengan mencuci pinggan mangkuk. Saiful di ruang tamu pula mencetak sesuatu di ruang tamu. Masing-masing mempedulikan sepenuhnya apa yang terjadi di depan pintu bilik si anak dara.

“Ayen… keluar please. Aku tak tahu apa yang jadi antara kau ngan Saiful… tapi makan la Yen. Ayen please… Aku taknak kau sakit… Ayen…” Suara serak basah itu mula pecah ke telinga kedua-dua adam. Esak Fariha senyap, namun ada di sebalik rayuan.

Adli berhenti membilas, menoleh ke arah isterinya. Bingung sedikit kerana cuma mampu melihat. Keluhan berat kedengaran dari lelaki dari ruang tamu, lalu anak matanya dikerlingkan ke ekor mata. Saiful nampaknya selesai dengan mencetak sesuatu yang dikatakan penting. Lelaki pan-asian itu bangkit dengan kertas di tangan.

“Apa dah jadi, dowh?” tegur Adli.

Saiful menjeling sekilas sambil mula melangkah, “Sorry for the trouble.” Fariha lalu didapatkan. Bahu isteri Adli itu ditepuk sekali, sekali dengan isyarat mata untuk diberi ruang kepadanya berdepan dengan pintu anak dara degil itu. Fariha senyap. Belakang tangan kanan mengesat air mata yang bersisa, lalu dia berkalih.

Belakang jemari mengetuk pintu bilik. “Lady, dengar tak suara aku? Are you sleeping or are you weeping? Well, doesn’t matter either way. Apapun, about my marriage proposal petang tadi… lets call it a joke, yes?”

Fariha ternganga luas. Marriage proposal? Adli si depan singki menoleh lipat maut ke belakang. Masing-masing memandang lelaki pan-asian yang berdiri selamba menentang papan keras di depan.

“Oi… oi oi oi oi!” Adli menapak laju. “Kau serius?! Apa maksud kau a joke?!”

Saiful tidak berkutik. Daun pintu itu masih ditenung tanpa sebarang riak. “My marriage proposal is a joke…” Anak mata biru kilat itu dikerling ke ekor mata. “… is not something I will say seriously.”

“Haa?”

I’m a serious person, alright. Aku serius nak jadikan dia isteri aku, tapi aku pun serius jugak dengan joke aku.”

“Kau…” Adli mencerun geram. “Made up your mind sebelum keluarkan kata-kata yang confusing begitu!”

Like I said…” Pinggang dicekak sebelah. “My marriage proposal’s joke…” Pintu terbuka luas, memaparkan wajah tegang dan merah itu di depannya. Saiful menoleh sedikit. “…is something serious…”

Shut up!!” Kaki Ayen naik tinggi, menendang tulang paha yang panjang. Saiful terloncat menahan sakit, namun ketawa tetap menyusul di hujung keluhannya. Wajah garang itu ditentang kelakar.

I did it.”

“Apa maksud kau you did it?!” Buku lima ditunjukkan geram. “Kau berjaya permainkan aku?!”

“Duh.” Denyut yang sakit pada paha digosok-gosok. “Aku berjaya buatkan kau keluar bilik.”

“Bengong telur busuk punya mamat… apa dia yang kau nak cakap sebenarnya?” soal gadis itu, laju. Geram ditahan sesungguhnya. “Kau jenis yang suka permainkan hati anak dara ke ha? How on hell kau boleh cakap melamar anak dara orang is a joke!!”

I’m serious about my marriage proposal alright.” Bahu djungkit.

And you’re serious about the joke too.”

“Yep.”

Which is which, big guy?!” Tangan terangkat ke udara. Ringan sangat rasanya nak mencekik batang leher itu sekarang!

Which is it that you want?” balasnya pula, tenang sekali. Ayen mengerut dahi. Kurang mengerti. Saiful sekadar tersenyum nipis. Dua helai kertas di tangan ditunjukkan di hadapan gadis itu. “Nah.”

Apa pula kali ini…. Tak habis perbincangan pening tadi dihabiskan, dia keluarkan pula yang baru. Aku gergaji juga mamat ni kang…. Ayen mencerun pada kertas tersebut. “Apa pulak ni?”

White pepper. Sodap buat chicken chop kasi pedas.”

Kau, bab loyarmemangbuat akuuuuurgh…. Hati membisik kata dendam membunuh. Ayen spontan merapat bersama penumbuk. Saiful berundur setapak bersama ketawa kecil.

“Garang seh. Aku cakap betullah. Ini namanya kertas putih. Ambiklah.” Dihulurnya bersama senyum.

Ayen mendengus keras. Dua helai kertas tersebut disambutnya kasar. Nak aje direnyukkan dan dibaling ke muka kacak itu, namun bersabarlah hawa…. Bawak bersabar…. Isi kertas dibacanya. Itu ialah tiket penerbangan balik ke Malaysia. Namanya ada di situ dan menjadi penumpang sekali transit ke London Heathrow Airport dan terus sampai ke Kuala Lumpur International Airport.

“Apa ni…”

“Tiket balik untuk kau makan chicken chop extra spicy kat rumah jiran aku.” Saiful tersengih.

Ayen mencerun. “Kenapa tiba-tiba?” soalnya sambil mengangkat kertas tersebut di paras kepala bersama riak wajah yang melanjutkan soalan – kenapa tiba-tiba belanja tiket balik Malaysia untuk aku?

Dan nyata Saiful memahami soalan yang dihabiskan di kepala. “Your friend’s request.” Fariha di belakang diisyaratkan dengan kepala. Ayen mengerut dahi, menoleh. Fariha pula terkedu terperanjat.

“Bila masa pula?”

“Bukan ke you jugak yang cakap saya kena bawak dia balik rumah, in returnawak buatkan dia date dengan saya hari ini.”

Mata Fariha mencerlang bulat sekali dengan rahang jatuh. “Saya maksudkan balik rumah saya pada hari itu!”

Kening kiri terjungkit. “Oh? Tapi saya dah belikan dah. Anggaplah rezeki, uh? Manalah tahu kat sana nanti I get to meet your parents. Bolehlah lamar terus dengan lebih rasmi.” Si wajah berparut dikerling selamba. Nada suaranya ringkas. Simple. Datar. Dan senang sekali diluahkan macam menghisap lollipop – yang membuatkan semua kata-kata serius yang diucapkan itu kedengaran seperti kata-kata kosong semata-mata.

Bahu Ayen jatuh bersama keluhan tak percaya. Memang sangat tak percaya dengan apa yang didengarnya ketika ini. Wajah diraup dengan sebelah tangan. “I feel like an idiot for being disturbed with your proposal petang tadi…” Keluhan dilepaskan sekali lagi. “Have you ever consider saya akan tolak your proposal, big guy?”

Provide me reason then.” Senang sekali membalas.

Ayen tersenyum nipis bersama hidung yang diangkat. “Sebab nama kau bukan Pali.”

Fariha menoleh lipat maut. Matanya siap membesar dan kening terangkat tinggi. Terkedu dan terkejut sekaligus. Adli yang mendiam dari tadi turut beriak terkejut di sana. Rakan baik isterinya itu direnung keliru.

Saiful tersenyum nipis. “No matter how I look, kau memang watak perempuan yang agak pelik.” Pipi digaru ringkas. “Segan la begini.”

“Kenapa pulak kau nak segan? Aku serius, duh.” Tangan dibawa ke dada, berpeluk tubuh. “Aku sukakan orang bernama Fadhli.”

“Yen…” Fariha menegur rendah. Ada nada sesal di situ. Kau masih tak lupakan dia? Tak boleh atau taknak? Adli pula menelan liur. Gagal bereaksi lebih-lebih.

Saiful pula nyata tak perasankan apa, bahkan sengih lebar terukir tanpa penapis. “Seriously, you are a funny woman. Mana kau tahu nama aku Fadhli?”

Dan tiga pasang mata coklat membulat pada si lelaki tinggi. Masing-masing dengan reaksi wajah masing-masing, namun ketiga-tiganya berkongsi perasaan tak percaya dan terkejut. “Huh? / apa? / apa maksud kau?” Ayen, Fariha dan Adli bersuara serentak. Saiful menjeling pada tuan rumah itu di sana.

“Nama aku dah terang-terang ada dalam I.C. masa aku propose nak menginap di sini dahulu. Kau tak tengok?” soalnya tenang. Adli menyahut dengan lidah kelu dan muka keliru, yang membuatkan Saiful menggaru pipi. “WellI guess you didn’t pay attention. Sorry for the late introduction, then. Nama aku Saiful Dour Fadhli Ian Seymour. Age, 25. In my hometown, my friends called me eitherSaif, Saiful, Epul, Sepul, Fadhli, Pali, Poyo, ataupun awak~~” Nama di hujung itu ada nada manja yang tersendiri. “And here, orang baru memanggil aku dengan nama baru. Big guy.” Si gadis bertudung hitam dikerling.

Mulut ternganga luas. Rahang terasa gagal nak dibetulkan dalam masa dua saat. “Seriously?” Ayen melihat tiket di tangan. Kertas yang sehelai itu mempunyai identiti dirinya, manakala helaian yang lagi satu memaparkan identiti lelaki pan Asian itu. Sungguhlah dia memiliki lima nama dan salah satunya ialah Fadhli…. Darah Ayen menyirap naik ke wajah bila kata-katanya tadi bergema kembali di telinga. Gaaah! Sekarang dia yang nampak bodoh!

Wha-what a complicated name you have…” Nak tukar topik. “Aku tak ingat nama abang kau complicated begini masa kau taip kat information centre dulu…”

Saiful tersenyum nipis. “Abang aku… buang nama Scott dia. He has his reasons, though.” Slamba menjawab dengan bahu dijungkit.

“Scott?” Mata coklat gelap Ayen menentang mata biru kilat di hadapannya. Saiful tersenyum nipis.

My dad is a Scottish man, Ian Seymour. And my mom…” Senyap. Pandangan dilarikan ke kanan, memikir. “… is a malay.” Senyum diukir pada wajah, lalu riak yang memicing itu ditentang. “Tapi itu bukan topik kita pada malam ni. Aku cadangkan kau terima je pemberian aku dengan ikhlas tanpa sebarang bangkangan dan bebelan, lady.”

Ayen pula senyap. Tidak mampu nak membalas apa-apa kerana tidak tahu apa yang nak ditanyakan atau diberi apa-apa ayat penyata. Tiket di tangan dilihat lagi. “Erm… okay… I guess.”

Fariha dan Adli memandang rakan wanita mereka. Saiful pula tersenyum. “Okay kau tu… okey nak kahwin dengan aku atau okey balik dengan aku?”

“Balik dengan kau?” soalnya keliru, lalu memandang kedua-dua kertas. Ya, mereka sama flight pada kedua-dua penerbangan. “Oohoh. I see. Okay.” Kepala mengangguk faham. “Tapi part kahwin tu… nay, taknak. Aku masih nak hidup membujang.”

Don’t worry about that lady.” Pinggang dicekak sebelah. “Kau masih boleh mengalami hidup bujang lepas kahwin dengan aku.”

Bibir spontan mengukir sengih. “Why do I get the feeling that ayat itu membawa maksud aku akan ditinggalkan selepas kahwin dengan kau?”

Dan berpandangan.


MASA berlalu dengan pantas walaupun cuma tinggal tiga hari mereka hidup di bawah bumbung yang sama iaitu apartment tiga bilik milik Adli di Queensborough Terrace itu. Adli dan Fariha sudah dilambai untuk berpisah dan dua hawa bersahabat baik dunia akhirat itu juga dah bertukar peluk. Kini, dua perantau berlainan jantina itu sedang duduk sebelah menyebelah di balai pelepasan Gatwick Airport. Ayen merenung langit biru di sebalik hijab kaca tingkap yang tebal, sementara Saiful duduk dalam posisi rendah sambil membaca buku dan menutup telinga dengan headphone.

“Hey, big guy.”

“Hm?”

Dia dengar. Ayen mendehem. “Kau cakap kau nak buat bisnes wedding planner kat Malaysia nanti… tapi sebenarnya pekerjaan kau ialah apa?”

Geologist.”

Yes!” Penumbuk di udara dijatuhkan deras ke bawah dengan muka gembira. Adli bercakap benar!

Saiful menoleh dibuatnya, terperanjat sedikit. “Apa yang yes?”

Ayen terkedu, lalu menoleh. Bibir tersengih lalu. “Say… kau geologist kat syarikat mana? Shell?”

Lelaki itu senyap seketika. Headphone diturunkan dari kepala, dan mata coklat gelap itu direnung. “Apa dia yang kau nak?”

Well… kalau kau nak tahu… aku fresh graduan geology dari University of Melbourne… and maybe kalau…”

“Kau nak aku jadi kabel tarik kau masuk ke company aku?” potongnya meneka.

Company kau, duh.” Mata dijuling ke langit. Saiful tersenyum nipis melihat tingkah si gadis. “Tapi tekaan kau tu betul. Aku taknak menganggur…”

“Okay. Fine. Aku sudi tolong tapi kau kena provide resume dan semua dokumen yang diperlukan la. The normal recruitment procedure, if you know what I mean.” Pandangan jatuh kembali pada novel English di tangan. Ayen mengangguk.

“Macammana aku nak hantarkan? Pos? Faks?”

Saiful senyap seketika. Dompet ditarik keluar dari beg gantung di tubuh, lalu sekeping kad dikeluarkan. Ayen menyambut. Nama panjang Saiful ada di situ, jawatannya sebagai ahli geology cawangan Shell di Johor Bahru, nombor telefon, nombor pejabat, nombor faks dan emel. Tiba-tiba terasa jurang yang besar antara mereka. Dah bukan kenalan yang berkongsi rumah tetapi antara pencari kerja dan pekerja biasa. Ayen meneguk liur.

“Gee… thanks.”

No biggie. Tapi ada price dia…”

“Ha?” Price?

Mata biru kilat itu menjeling bersama sengih nakal. “Allow me to introduce you to Eli.”

Terkebil dia. “Eli?”

“Nawal Elisa. My lovable childhood friend. Aku nak tengok reaksi dia kalau tengok kau, hahahaha. Tentu kelakar gila bila jumpa watak yang tak pernah dikenali tapi sama rupa.”

Dahi Ayen berlapis. “Kau suka gunakan aku untuk your personal pleasure.”

Saiful menoleh dengan mata kuyu. “That sounds so erotic, you oblivious women.”

Terkelip-kelip dia. Kurang tangkap. Melihat rona merah jambu di pipi cerah Saiful, Ayen tersedar lalu. “Bu-bu-bukannya aku maksudkan ke situ. Kau gatal!”

Right. Sorry for being normal, lady.” Dompet sekali lagi dikeluarkan. “Tapi I’m serious with my request. I want you to meet her.” Sekeping gambar dikeluarkan, lalu dihulur. Ayen mengerut dahi, menyambut. Di dalam sana, seorang pelajar perempuan dan berambut panjang ke paras dada sedang berdiri di tengah-tengah dua pelajar lelaki. Gadis berbaju kurung sekolah dan berkulit cerah tersenyum ceria. Comel riaknya. Pelajar lelaki di sebelah kiri mengukir senyum redup, manakala pelajar lelaki yang lebih tinggi di sebelah kanan tersenyum lebar bersama tanda peace. Wajah ketiga-tiganya memaparkan riak remaja sihat dan ceria.

“Engkau yang belah kanan ke belah kiri?”

“Tak payah nak cari aku. Yang perempuan tu, Nawal Elisa. One year younger than me. Muka dia serupa dengan kau, kan?” Saiful tersenyum.

Ayen mengerut dahi. “Which part?”

“Eh? Kau tak nampak? Semua part!”

Ayen menjeling sengal. “Awek ni cute giler kau boleh cakap aku sama muka dengan awek ni?”

Saiful tersenyum nipis. “Bila aku cakap muka kau sama dengan awek yang cute giler dalam tu, bukan ke maksudnya kau pun cute giler?”

“Sengal la kau ni. Mata kau perlu operate baru boleh tengok dengan pandangan normal.” Selamba membidas tanpa sebarang ragu-ragu mahupun dup dap dup dap bila dipuji. Saiful tersenyum nipis. “Tapi…” Ayen menyambung, merenung ketiga-tiga wajah itu redup. “Dengan muka cantik begini dan bersahabat pulak dengan adik beradik kacak begini… I wonder kalau takda yang cemburu dan dengki kat dia.”

“Hm?” Sisi wajah bertudung hitam itu direnung. Ayen pula masih tidak melepaskan pandang dari wajah cerah Elisa.

It’s a normal event dalam novel, manga, cerpen ataupun anime. Watak perempuan yang cantik selalu dijadikan bahan buli, lagi-lagi bila rapat dengan dua lelaki kacak.” Bahu dijungkit. “Tambah-tambah kalau awek ni bijak pandai.” Si kacak di sebelah dikerling.

Tersenyum. “Yeah… its not an easy life for her. Lagi-lagi akhirnya pilih jalan yang salah sebab cuba nak jadi kuat dan nak melawan semua tu.”

“Jalan salah? Maksud?”

Senyum. “Enough of the petty talk… nanti sambung kat atas. Jom.” Dia bangkit. Ayen mengerut dahi, lalu menoleh. Flight attendant sedang memanggil semua penumpang untuk masuk ke dalam kapal terbang. Gambar tadi dihulurkan kembali pada Saiful dan dia bangkit berdiri.

Masa untuk balik ke Malaysia!

Previous: Dour 5
Next: Egann 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.